Tidak Dinafikan- Pelancung Yang Datang Ke Kuala Lumpur
Akan singgah di China Town atau Petaling Street, kerana dahulunya "Petaling Street" memang menjadi pilihan utama para pelancung yang melawat Kuala Lumpur. Kerana di sini "Petaling Street" atau "China Town" mempunyai pelbagai barangan cenderamata dan sebagainya.
Itu pada masa dahulu sebelum "Bukit Bintang" membangun atau sebelum "Pavillion Shopping Complex" dibagunkan. Justeru itu, China Town telah bertukar menjadi satu perbualan yang menakutkan setelah berlaku perilaku para peniaga yang kurang sopan terhadap pelanggan atau pelancung luar serta terjadi terhadap penduduk setempat iaitu rakyat Malaysia sendiri.
Difahamkan peniaga di China Town akan naik berang sekiranya pembeli membuat penawaran harga tetapi tidak membeli barangan tersebut setelah jurujual bersetuju dengan harga rundingan.
Sebagai peniaga ia tidak seharusnya berperilaku sedemikian, kerana barangan yang dipamerkan bukan yang asli atau "Original". Ada juga kejadian peniaga menumbuk pelanggan kerana tidak membeli barang tersebut dengan harga rundingan, ada berlaku kejadian ganas seperti menggunakan barangan tajam seperti pisau mengugut pelanggan serta memaki hamun, serta menggunakan bahasa yang kasar terhadap para pelanggan.
Media Malaysia telah merahsiakan peristiwa berikut untuk menjaga imej "China Town" serta menjaga imej Negra Malaysia, khususnya Kuala Lumpur.
Petaling Street juga tidak terjaga dari segi kebersihan, ia boleh dilihat di lorong lorong dipenuhi dengan sampah. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila para pemandu "Taxi" tidak mengunakan meter yang dicadangkan oleh Menteri Pelancungan.
Maka tidak hairanlah "China Town" atau "Petaling Street" semakin dilupakan oleh pelancung dan lebih gemar ke "Bukit Bintang Street" yang mana telah menjadi perbualan yang luas dari pelancung Middle East setelah Bukit Bintang menjadi gelaran "Arabic Street". Malah pelancung dari negara Eropah, Amerika Latin atau dari benua Asia juga menjadi kegemaran oleh pelancung berasal dari Australia.